Wednesday, August 26, 2009

Benarkah cinta itu menyakitkan??

Semua orang punyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan sesekali korang hampirinya. Tetapi, ada gak yang kata, cinta itu mengasyikkan sampai korang akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Cinta ini bagi aku indah..,xla pahit sangat.aku rasa kalau kita nak bahagia and hepy ngan pasangan kita..kita perlu and mesti mempunyai sifat memberi dan menerima..Bak kata orang putih GIVE AND TAKE. bertolak ansur pun perlu ada, sebab kita ni kan..ermm..., memang susah nak ngaku salah..right?ego 2 tinggi sangat.apa salahnya kalau kita ngaku salah and beralah untuk melihat pasangan kita gembira..Tentu kita bahagia kan kalau si dia gembira?

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya maybe betul.. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih 2, akan ada juga masalah yang timbul. Macam orang selalu kata, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkasih ini, kita tidak boleh lari dari masalah. Bagi aku, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah 2..selagi tak selesai prob korang.., aku rasa selagi 2 la perhubungan korang bermasalah..

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pertalian itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah kereta sport and time 2 tak dak sapa yang nak tolong.. 

Jadi, sekiranya korang ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta itu sememangnya indah..tapi tak semuanya indah. Dan korang perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya sesebuah kebahagiaan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan        bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment